PROSEDUR/CARA PERMOHONAN NIKAH MENGGUNAKAN WALI HAKIM

Assalamualaikum.

Sebelum membuat permohonan wali hakim, anda kena selesaikan permohonan nikah dahulu secara online. Untuk orang Johor, boleh rujuk entry yang ni prosuder nikah johor online. Prosuder nikah untuk perempuan secara ringkas.

  1. kursus kahwin
  2. pendaftaran nikah lelaki online
  3. pendaftaran nikah perempuan online
  4. surat akuan bujang
  5. ujian HIV
  6. Lengkapkan borang-borang yang telah dimuat turun
  7. hantar kesemua dokumen di Pejabat Agama
  8. Permohonan wali hakim (hanya untuk yg menggunakan wali hakim)

PROSEDUR /CARA PERMOHONAN NIKAH MENGGUNAKAN WALI HAKIM

  1. Langkah Pertama :
    • Selesaikan permohonan nikah online terlebih dahulu. Click link di perenggan pertama. Andaikan skrg kita di step ketujuh iaitu langkah terakhir permohonan nikah. Semasa anda serahkan dokumen tu di kaunter pejabat agama, bagitau pegawai tu yang anda nak guna wali hakim. Selepas tu, pegawai akan beri beberapa borang dan arahkan untuk ke mahkahmah syariah. Dekat Johor Bahru, sebelah ja mahkamah tu. Jalan kaki dah sampai. 
    • Dokumen yang perlu dibawa :
      • Semua dokumen yang diminta semasa permohonan online (make sure bawa extra 3 copies utk setiap dokumen)
      • Surat kebenaran nikah lelaki
      • Dokumen sampingan (borang permohonan wali hakim yang diberi pegawai pejabat agama)
    • Jika kes terlalu rumit, pegawai yang recommend untuk ambil peguam.. I akan cerita dekat bahagian PERSOALAN bawah sekali nanti. Tapi mostly tak perlu.
  2. Langkah Kedua :
    • Bila kita pergi mahkamah syariah untuk buat permohonan wali hakim, kita akan diminta untuk isi beberapa borang (setelah isi kita kena serahkan semula) & senarai dokumen seperti :
      • Borang permohonan lelaki  & IC
      • Borang permohonan perempuan & IC
      • Sijil kematian ayah (wali nasab)
      • Sijil nikah ibu bapa
      • Surat Akuan Pemastautin (Sekiranya alamat pada KP/IC berbeza & luar dari Johor)
      • Sijil lahir pemohon
      • Nama saksi untuk angkat sumpah (bawa ja photostat ic diorg)
        • *Bawa 3 salinan untuk setiap dokumen
  3. Langkah Ketiga :
    • Tarikh perbicaraan akan diberi diberi. Jika tarikh nikah anda sudah semakin dekat sepeti lagi sebulan, tolong minta pegawai tersebut percepatkan tarikh perbicaraan anda. 
  4. Langkah Keempat :
    • Setelah tiba tarikh perbicaraan, pergi dengan membawa dokumen yang LENGKAP dan SAKSI (ini i cerita dekat bawah nanti). Jangan ada tertinggal satu pun. Kalau ada yang anda tak pasti, 2 hari sebelum tarikh perbicaraan, pergi jumpa pegawai pejabat agama atau pegawai di mahkamah untuk dapatkan kepastian. Kenapa i suruh buat macam tu? Teruskan bacaan.
    • Jangan ambil kesempatan datang lambat semasa perbicaraan walaupun nombor giliran anda yang terakhir. Anytime hakim boleh main panggil nombor mana yang dia suka dulu. Kemungkinan list giliran yang beliau ada tak sama dengan list giliran anda.
    • Jika terdapat dokumen yang tidak lengkap & saksi tidak hadir, Hakim tak nak bagi kelulusan untuk guna wali hakim. Apa jadi? Hakim tundakan tarikh perbicaraan. Ini akan lambatkan proses kelulusan permohonan nikah anda.
    • Bayangkan kalau the next tarikh perbicaraan hakim tu masih tak berpuas hati dengan dokumen yang ada? Sebab tu, masa kursus kahwin, penceramah berulang kali cakap buat permohonan 3 bulan awal sebelum tarikh nikah. 3 bulan awal. bukan 4 bulan awal ya, 4 bulan sebelum tu terlalu awal.
    • Untuk SAKSI,
    • Jika wali hilang/tidak dijumpai/ mesti bawa ibu @ keluarga terdekat sebagai saksi. Seorang saksi memadai.
    • Jika wali sudah meninggal, tidak perlu saksi. Sertakan sijil kematian sahaja.
    • Jika anak angkat, bawa ibu @ ayah sebagai saksi. Seorang sudah memadai.
    • Jika anak luar nikah @ tidak sah taraf, bawa ibu @ ayah sebagai saksi. Seorang sudah memadai. 
  5. Langkah Kelima :
    • Ok. I nak cakap sikit masa penyerahan dokumen kepada Hakim. Selepas serahkan dokumen, Hakim akan tanya beberapa soalan. Ini dekat Johor la. I tak tahu negeri lain. Soalan yang setiap pemohon dapat berbeza. Ada yang kena tanya rukun islam, ada yang kena tanya rukun iman. Ada yang dia tak tanya. Ada yang dia saja nak gertak. Contoh “awak tahu tak kenapa awak ada dekat sini? untuk apa awak dekat sini?”. Jawab ja “nak mohon wali hakim”. Ada yang dia tanya “kenapa nak pakai wali hakim?”. Padahal dalam dokumen tu semua boleh ja dia baca tapi dia sengaja nak tengok apa yang kita cakap & apa dalam dokumen tu sama ke tak.
  6. Langkah Keenam :
    • Hakim berpuas hati dengan dokumen-dokumen anda, Hakim pun bagi kelulusan. Surat kebenaran wali hakim akan keluar dalam tempoh 14hari. Pegawai akan call bila surat dah lulus. Andai kata tempoh masa dah suntuk, jelaskan pada pegawai. Kalau ada kad kahwin, tunjuk pada dia. Dia mesti kesian. Nanti dia cepatkan.
  7. Langkah Ketujuh :
    • Dapat ja surat kebenaran guna wali hakim, bawa surat kebenaran wali hakim beserta dokumen2 yang ada ke pejabat agama. Tamat! Boleh kahwin!.

PERSOALAN

  • Hakim ke yang akan datang jadi wali & nikahkan kita?
    • Betul hakim jadi wali. Tapi bukan beliau yang nikahkan & hakim takkan datang masa nikah tu. Kadi yang ja yang ada. Kadi nikahkan kita. Kadi tu, kadi-kadi biasa yang selalu nikahkan orang tu.
  • Berapa bayaran?
    • Bawa ja rm50. Tapi anggaran dalam rm30-40.
  • Kena guna peguam ke?
    • Pegawai pejabat agama akan nasihat anda samaada anda perlu khidmat peguam atau tidak. Untuk kes mudah seperti diaatas, tidak memerlukan peguam. Kebanyakkan tidak perlu.
  • Berapa Bayaran Peguam?
    • RM350-300
    • Ni untuk sekali perbicaraan tau. Kalau sekali perbicaraan lepas, then selesailah.
    • Let say, ada dokumen you tertinggal sebab kecuaian you & hakim tak berpuas hati, dia pun tangguhkan kes. Utk tarikh perbicaraan seterusnya, u kena bayar lagi rm350-Rm350. Tapi klu dah pandai, buat sendiri ja.

Ok lah, itu ja setakat ni. Semoga dipermudahkan. Anything, just comment. I akan balas.

20 thoughts on “PROSEDUR/CARA PERMOHONAN NIKAH MENGGUNAKAN WALI HAKIM

  1. Kalau pihak mahkamah panggil wali dia,and wali dia tak datang . Perbicaraan tu akan ditangguh ke ? Boleh saya whatapps sis nak tahu lebih details ?

    Like

      1. tangguh sehingga wali dia datang ke ? sebab wali dia sendiri cakap suruh cari wali hakim . and then wali dia cakap taknak datang . tarikh mahkamah dah ada . sebulan lepas tarikh mahkamah tu ada lah kenduri saya . apa perlu saya cakap kat pihak pejabat agama/mahkamah utk cepatkan proses ?

        Like

  2. Saya nak tanya kalau macam saya nama saya tapi tiada binti itu dikira anak angkat ? Jadi saya perlu wali hakim atau pon tidak ? Tetapi pada nama saya tertera nama bapak angkat saya . Tapi tiada binti pada ic bagaimana ye ?

    Like

    1. maaf, yang tu sy tak pasti. Better tanya pejabat agama. sbb yang boleh jadi wali cuma bapa kandung (wali nasab). nnti dia bukan refer ic ja, surat beranak mak ayah, surat beranak awak, surat kahwin mak ayah & mc 2 lg. semoga dipermudahkan urusan

      Like

  3. Saya nak tanya sahabat saya dia nak berkahwin dengan pasangan dia tapi pasangan dia mempunyai mak ayah angkat dan perhubungan mak ayah angkat dia dengan sahabat saya agak rengang dan pelbagai isu yang serius sehingga melibatkan polis. Mereka memang hendak berkahwin kerana sama2 suka. Tetapi bagaimana cara ya sekiranya ingin mengunakan wali hakim tetapi sebagai kategori mak ayah angkat si perempuan tidak mampu untuk membawa salah sorang untuk dijadikan saksi.? Ada penerangan tak dalam isu seperti ini. Mohon pencerahan

    Terima kasih

    Like

    1. Nasihat saya, buat ja dulu permohonan wali hakim. Kehadiran saksi ni sebenarnya bukanlah wajib dan tiada dalam syarat. cuma menyenangkan sahaja jika hakim bertanya. Isu utamanya adalah bapa kandung perempuan masih ada atau tidak. Kalau meninggal @ ghaib, boleh guna wali hakim. Dan ikut ja prosedurnya

      Like

Leave a reply to Anonymous Cancel reply