LAFAZ AKAD JOHOR

Assalamualaikum,

Lafaz akad nikah Johor yang BETUL. 

I kahwin 2016, abang I kahwin 2017. Dua-dua buat dekat Johor. Dan benda yang sama juga kadi bagitahu. Iaitu,

lafaz akad johor yang BETUL mestilah

“aku terima nikah nama pengantin perempuan dengan mas kahwin RM tunai”. 

 

Lafaz akad yang SALAH ialah

“aku terima nikahNYA nama pengantin perempuan dengan mas kahwin RM tunai”

*Kadi tak bagi sebut perkataan “NYA”. Kalau sebut, kena ulang semula. 


—————————————————————————————————————————————–

 

Nak cerita sikit detik nikah. Masa kadi sampai ja, dan pengantin lelaki dah pun duduk di depan kadi, anda akan diminta untuk beristighfar. Lepastu, kadi akan tanya berapa mas kahwin, hantaran, dan apa yang akan diberi semasa sesi pembatalan air sembahyang. Masa I kahwin, suami I beri gelang untuk sesi pembatalan air sembahyang dan dia minta juga buat doa mohon keberkatan (Letak tangan kanan di ubun-ubun isteri dan baca doa-sunah nabi). 

Perkara yang sama juga dilakukan semasa akad nikah abang I.

Ini sikit nasihat.

  1. Semasa nikah, kalau boleh pakai baju melayu dan kemas
  2. Jangan pakai rantai, gelang, cincin yang pelik2. Memang akan panas hati kadi tu. Dia akan tegur depan-depan tetamu dan anda akan jadi nervous terlebih sebab kadi dah macam nak marah. *Terjadi baru-baru ni. 
  3. Kalau pakai inai, pastikan inai tu tangan kiri. Jangan kanan. Sebab kanan kan u akan salam dengan kadi. Nanti dia nampak. Ada kadi yang memang tak suka tengok.
  4. Minta pengantin perempuan inform family dia untuk sediakan 2 cawan air masak semasa nikah. Satu untuk kadi, satu untuk U. Tak minum tak apa. Sediakan ja dekat sebelah. Takut kadi haus. Sebab kadi akan bercakap banyak.
  5. Tanya pengantin perempuan bayaran untuk saksi dan kadi. Jangan kalut dekat situ baru nak ambil duit. Sediakan siap-siap dalam sampul duit. 
  6. Senyum dan ambillah hati kadi tu. InsyaAllah kadi akan baik ja. Kadi mainkan peranan penting. Sebab kalau kadi dah mula bad mood disebabkan hal-hal kecil, dia akan jadi banyak tanya. Masa tu la U akan rasa terganggu. Jangan ego dan jangan sombong. 

Semoga entry ni dapat membantu lelaki membuat persiapan nikah.

If you think this post can help others, do share this post! Follow my Instagram  & Facebook! (Hi me and let me know that you’re reading my blog) 😘

xoxo

 

 

2 thoughts on “LAFAZ AKAD JOHOR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s