FULL REVIEW VENDORS KAHWIN MELAKA/JB (SELEPAS MAJLIS SELESAI)

Assalamualaikum,

Hari ni nak bagi full review semua vendors yang I hire untuk wedding di Jb dan Melaka. I akan suggest juga vendors yang I tak ambil tapi bagus. I cuma akan suggest vendors yang i sendiri dah jumpa & tgk hasil kerja mereka. Kalau ada yang U rasa bagus, tapi i tak letak, means i tak tgk hasil kerja diorang depan-depan.

*review kali ni mungkin akan berbeza dgn review dalam entry yang I bagi sebelum ni. Ini adalah apa yang I hadapi semasa dan selepas majlis dijalankan. Adakah semua vendors I ambil tu ikut seperti apa yang dijanjikan? Keep reading

BRIDAL 

Bridal Johor Hervea Wedding

Kelebihan

  • Tepati apa yang dijanjikan. I minta pelamin cantik full cover dewan, carpet penuh pentas, spotlight tembak pentas. Semua perfect. Datang pasang pelamin nikah (rumah) and sanding (dewan) awal.
  • Kalau u all jenis yang simple,  i sarankan ambil hervea.
  • Owner Hervea wedding boleh lebih kurang. Boleh berbincang dan cepat respond.

Kekurangan

  • Terus terang, hervea tak byk peralatan lagi. Jadi, kalau minta design untuk pelamin, pastikan design yang masuk akal. 
    • Penting untuk kita tengok peralatan bridal. Kalau dah tau peralatan bridal sikit, jangan minta design yang banyak dekorasi. Memang takkan menjadi. Nanti dia ambil mana-mana peralatan rumah dia letak dekat pelamin U. Melainkan u bayar lebih. Macam i, awal-awal i tanya owner tu berapa carpet putih yang dia ada, kerusi apa yang dia ada, spotlight berapa banyak dia ada. Kalau tak cukup, I tanya dia boleh tak dia beli dan I akan bayar extra. *bridal selalu cover lebih daripada 3 majlis kahwin. Jadi barang-barang dia kena bahagi. 
  • Masa hari nikah (sabtu), bridal terlupa bunga tangan. Masa sanding (ahad) pun sama. Nasib baik both sempat hantar beberapa minit sebelum majlis. 
  • Hervea wedding tak ada baju pengantin tau. Ug kena sewa baju dari butik pengantin lain. Honestly, mmg susah, letih, bazir duit minyak, sakitkan kepala etc. Luckily i dah berhenti kerja & fokus hal kahwin sebulan sebelum majlis.
    • Kalau korang yang busy tu, carilah bridal yang siap package baju. 

*** Pelamin cantik Johor Bahru: D’ELEGANCE, WAN BISE BRIDAL (tapi dgn wan bise, make up ambil org lain)***

13658461_919790878125689_1149815735_n1
Pelamin I drpd hervea

Bridal Melaka Mentari Kreatif

Kelebihan

  • Aniq ambil package bertandang all in. Koleksi baju semua cantik & baru. Masa tgk pelamin, jujur i terperanjat. Cantik. Wedding kakak aniq 2 tahun lepas pun bridal ni buat but i tak berkenan pelamin dia hahaha. sorry kak! Masa aniq cakap dia ambil org yg sama utk pelamin, i takut sbb i  tak suka pelamin kakak aniq tu. Tapi bila dtg tgk pelamin bertandang Melaka…wahhhh! cantik. Bagus.
  • oh Baju reception Jb yang mcm princess tu pn i sewa drpd dia. Kalau dekat Jb, Harga sewa baju putih kembang mcm tu minimun rm2500. DIa mmmg jauh jauh jauh murah.

Kekurangan

  • Make up dia biasa ja. Mungkin sebab i jenis kaki make up. Jadi, ada sedikit yg tak penuhi cita rasa I.
  • MUA dia datang lambat. MUA i dekat jb semua datang awal 2 jam. Yang melaka ni kurang 1 jam.

**siapa melaka/batu pahat mmg untung la. Bridal Melaka/ Batu Pahat mostly pelamin cantik and murah. Pandai tak pandai cari ja : list bridal melaka /batu pahat cantik: HAJALIAH CREATION, FIKRIFAYI, LUMIERA CONCEPT, ZAMRIMA TOUCH***.

13652009_1720750338174776_1027961339_n
pelamin bertandang

CATERER @ CATERING

Caterer Johor Bahru the sisters wedding

  • Dia ni kena remind selalu sbb byk main. Makanan sedap. Tapi dalam pukul 4:30pm makanan dh bau lain. Maybe sebab dh bercampur2 dgn senduk lain. I tak tahu. Kambing dia sgt sedap.Harga memang murah.

*** AYANANDA CATERING pun sedap. Decoration sgt kemas and baju pelayan cantik. Tapi masa food testing kambing agak keras. So, my mom reject. Ktorg pergi 3 food testing dekat majlis kahwin org. Ayahanda catering, pika catering & the sisters. Dapat tgk la depan2 cara diorg bekerja and decoration diorg.

Caterer Melaka (Man Catering)

  • RECOMMENDED! SEDAP GILA! Katering terbaik melaka/ batu pahat. pukul 4 makanan dah kering kontang sebab orang duk tambah berkali kali. Padahal order byk. Alhamdulillah. Lepas habis majlis, I mencari makanan sebab masa makan beradab tu tak dapat makan banyak. Tapi dah licin.

KHEMAH /CANOPY

Khemah / Canopy Johor Bahru (OnZ Canopy)

  • RECOMMENDED! CANTIK, KEMAS, ON TIME, MURAH! I mmg suggest dia saja. sbb bagus sgt. Masa tunang dulu, hire org lain, mcm2 jadi. Lambat pasang, warna xbetul & etc. Klik disini untuk entry penuh tentang canopy.

Khemah / Canopy Melaka

  • I xtau diorg hire siapa. Tapi i dgr diorg salah pasang warna and mak aniq suruh buka balik. Khemah memang cantik

PHOTOGRAPHER

Photograher Johor (Hafeez Arshad)

  • RECOMMENDED! kalau ada 1000 keping gambar, 1000 tu juga I suka. Klik disini untuk entry penuh photographer.

Photographer Melaka (oh sweet moments)

  • Tersalah pilih photohrapher. Cari lain ok! haha.

GUBAHAN HANTARAN

Gubahan Hantaran Johor / Melaka ogy_crafx

  • RECOMMENDED! CANTIK, MEWAH, TEPATI CITA RASA! ktorg hire org yang sama. Senang. Tak ada la nnti i dia punya gubahan cantik drpd i or i cantik drpd dia. Tapi ktorg pilih design and warna bunga lain2. klik disini untuk entry penuh gubahan.

HENNA

Henna Johor ShinaRahim

  • RECOMMENDED! KEMAS & CANTIK * MURAH!. Kalau ada family lain nak inai, dia bagi rm5 ja. Inai dia tahan. Asal jangan sental sgt2 la bila mandi.

Henna Melaka (Melaka Central)

  • Utk bertandang, i tgk inai dh pudar. 
  • Malam sebelum bertandang tu, i pergi ja melaka sentral & ada satu kedai kecil dekat tengah2. Inai ja dekat situ. Murah gila xsampai rm50. Tapi tak sama macam design yang u bayar RM200++. Cuma…tula tak tahan and tak berapa kemas. Tapi i xkisah sbb bertandang ja pun.

AUDIO PA SYSTEM / DJ / EMCEE / PROJECTOR

Audio PA System / DJ / Emcee / Projector Johor  Musika Audia System

  • RECOMMENDED! MURAH & TERBAIK! Semua I ambil dengan dia except Emcee. Tapi, diorg ni eMCEE pun bagus tau.

untuk Melaka I tak tahu. Sorry.


MUA @ Make Up Artist

MUA Johor (makeupbyhanizah & beautifulbyalya)

  • BOTH RECOMMENDED! 
  • Makeupbyhanizah 
    • I ambil untuk nikah. Dia ni mmg teliti and barang byk gila. Bila I turun tangga, ramai cakap cantik and make up naik seri. Tahan lama tau make up dia. Muka memang berubah. Barang2 make up dia semua yang jenama High-end. Kalau korang pakai tudung, jgn risau, dia mmg pandai pakaikan tudung. Kemas. I ni jendul tau. Dia pakaikan i tudung tak nampak pun mcm i jendul. Masa dia make up, i minta dia pakaikan lipstick merah, but dia suggest i pakai utk sanding sbb nikah should be sweet. So i agree. *I ada suruh dia turunkan kening I, dia ubah semula. Dia memang expert la. Tak nampak kesan pun.
  • Beautifulbyalya
    • I ambil untuk resepsi keesokkannya. Dia ni barang pun banyak gila. Make up dia cantik. i minta dia buat makeup yg nampak muka mahal. I nak lipstick merah. Dia tanya juga, nak ala2 barbie tak sbb tgh famous kan make up ala2 mcm tu. Tapi I tak suka sebab nampak mcm murah. Sorry taste lain2. Cantik hasil dia. Ramai juga suka. Cuma my mom cakap tudung tu dia xpandai nak cover jendul. Terserlah jendul. I pun xperasan pasal tudung tu sbb i dh suka sgt make up dia. Tudung main peranan juga.

MUA Melaka (mentari Kreatif)

  • Mcm I bagitau dekat atas. Make up dia biasa ja untuk I. Datang lambat.

HOMESTAY 

Homestay Johor  

  • Klik disini untuk entry khas homestay majlis kahwin/ bersanggah Johor

Homestay Melaka

  • contact me for more info. I kena tanya aniq. but serius cantik and harga affordable. Rumah banglo. Sesuai utk family yg ramai and dtg jauh. Maybe bukan utk kahwin ja. Kalau ada yg dtg bercuti ke, boleh duduk sini.

*I cuma nak ingatkan lagi, please rajin contact dgn vendors korang and update progress. Biarla diorg menyampah asalkan korang puas hati. Kalau ada benda yang korang tak puas hati, jangan marah2. Korang akan buat diorg lagi malas buat kerja. Cakap baik2. Buat mcm kawan tapi keep the boundaries sbb korang berbusiness. Business is business.

Please share this post If you think it can help others. Follow my Instagram  & Facebook! (Hi me and let me know that you’re reading my blog) 😘

Di bawah adalah antara related post tentang all vendors and any recommended vendors yg i pernah sebut :-

  1. Sewa khemah/canopy murah & cantik area JB
  2. BRIDAL MELAKA
  3. BRIDAL FOR JB
  4. MALAY WEDDING PHOTOGRAPHER (I’ve decided for my official photographer)
  5. GUBAHAN DULANG HANTARAN KAHWIN (MELAKA/JOHOR BAHRU)
  6. MAKE UP ARTIST FOR WEDDING (MUA)
  7. HOMESTAYS FOR FAMILY AND FRIENDS

XOXO ALIN!T TILL THEN

pelamin cantik johor bahru, pelamin cantik murah melaka, caterer sedap murah johor bahru, caterer sedap murah melaka, homestay murah cantik johor bahru, homestay murah cantik melaka, photographer terbaik murah johor bahru, photographer terbaik murah melaka, mua terbaik murah cantik johor bahru, mua terbaik murah cantik melaka, list bridal johor bahru cantik murah, list bridal murah cantik melaka, khemah canopy arabian cantik murah johor bahru, khemah canopy arabian murah cantik melaka, gubahan hantaran murah cantik johor bahru, gubahan hantaran cantik murah melaka, audio pa system murah johor bahru, audia pa system murah melaka, henna murah cantik johor bahru, henna murah cantik melaka

6 thoughts on “FULL REVIEW VENDORS KAHWIN MELAKA/JB (SELEPAS MAJLIS SELESAI)

Leave a comment