BAYARAN TOK KADI JOHOR 2017

 

Hye…

Hari ni satu hari tak dapat tidur siang. Pagi-pagi kena pergi pejabat agama, petang sikit i have to meet with the photographer and then kena ikut mama tempah barang.

I ada cerita tentang cara-cara permohonan nikan johor 2016. sebelum ni. So, ini boleh jadi sambungan dia. Lepas kita hantar semua borang di Pejabat Agama Johor, nanti, orang di kaunter tu akan bgtau siapa jurunikah kita beserta nombor telefon jurunikah. Macam I, jurunikah I nama Ustaz Musliman. 3 hari lepas, ayah I beberapa kali call Ustaz Musliman untuk ingatkan tarikh nikah I ialah minggu depan, tapi tak dapat. Bila msg, tak jawab. So, semalam, ayah pergi Pejabat Agama untuk jumpa dengan Ustaz Musliman. Malangnya, Ustaz kursus pula. hahaha. Tapi ayah tak putus asa, dia pergi minta nombor telefon personal ustaz musliman.

  • Bila ayah call and cakap tentang tarikh nikah I, ustaz terkejut. Sebab Ustaz cakap, dia tak tahu pun and tak dapat dokumen I. I lagi la terkejut. Seingat I la kan, lepas interview that day, ustaz yang interview tu terus suruh balik. Dia ada ambil kertas drpd dokumen pink tu. Ingat dah settle la.
E Borang 8_0004
ini dokumen pink tu. dalam dia semua maklumat ada. tebal.

Hari ni, pagi2 bersiap utk jumpa Ustaz Musliman. I cari dia sampai dekat jamuan raya. Kesian dia. Tengah2 makan terpaksa sign borang I. Rupanya, kena pass the whole borang pink ni pada kadi la. I mana tau :(( nasib baik tau. Kalau tak…tak kahwin la I sabtu depan. Tunggu kadi tak datang-datang.

Alang-alang dah jumpa ni, I tanya ustaz bayaran untuk kadi dan saksi. Ustaz bgtau,

  • Bayaran kadi Johor 2017 ialah RM110.
    • Nanti masa nak nikah, dia akan pick 2 persons drpd majlis tu.
  • Pengantin lelaki kena bayar 2 orang yang ustaz pick tu sebanyak RM20 seorang. So, kena ada 3 sampul duit. Jangan you suka hati bayar kadi seikhlas hati pula.

Ayah minta tanyakan sekali samada ustaz boleh bacakan doa untuk majlis resepsi alin, tapi tak sampai hati nak tanya banyak2. Dah la kacau dia makan. Aniq pula minta tanyakan lafaz nikah nanti kena sebut nama ke tak. Lelaki..faham la. Mesti nervous bahagian nikah. Tapi macam I cakap, rasa masa tak sesuai untuk tanya ustaz banyak2 soalan. Next time boleh tanya 🙂

Update : kena sebut nama. Yang tak perlu sebut ialah  perkataan “NYA” semasa lafaz akad. Contoh : Aku terima nikahnya azlina sulaiman. Jangan sebut. Kalau tak, kena ulang lagi. I tak tahulah kalau lafaz akad ni untuk Johor ja atau semua negeri sama. Untuk details lafaz akad nikah johor dan hal-hal yang dieelakkan semasa nikah, boleh klik disini. Entry ni I buat khas untuk lelaki.

Kalau anda rasa entry ini dapat membantu pasangan yang lain, bolehla share post ni. Semoga dapat membantu mereka juga. Follow my Instagram  & Facebook! (Hi me and let me know that you’re reading my blog) 😘

xoxo

2 thoughts on “BAYARAN TOK KADI JOHOR 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s