PENGALAMAN KURSUS KAHWIN DI MELAKA

Bonjour!

Melaka ni memang environment dia sama ja agaknya. Bila pergi kursus kahwin, rasa macam masuk uitm Melaka. Faham tak kenapa UiTM Melaka? Pengerusi majlis tu muda tapi perangai sebijik macam atok Rahim dekat UiTM Melaka tu. GK (gila kuasa). Kau teringin nak jadi pengawas kat sekolah tapi tak dapat ke haa!!. Lepas tu kau feeling pengawas dekat tempat kerja kan. hahaha

Alin pergi kursus kahwin bulan March. Since aniq yang uruskan semua, kenala buat dekat Melaka. Harga kursus kahwin RM80 seorang. Ambil masa selama 2 hari. Alin dengan Aniq memang decide nak pergi berdua, so boleh belajar sama-sama. Tempat duduk perempuan lelaki berasingan tapi dalam bilik yang sama. *Sekarang, semua negeri boleh daftar kursus kahwin online. google ja.

PERATURAN KURSUS KAHWIN MELAKA YANG ANNOYING:

Setiap negeri memang ada kerenah dia sendiri. Macam Melaka,

  • Perempuan diwajibkan memakai baju kurung dan tudung berwarna PUTIH.
    • Persoalannya kenapa PUTIH? Muka Alin dh la tembam. Kenapa bukan warna hitam? Tapi masa hari kursus tu, nasib baik nampak cantik. Nampak suci ja bila pakai tudung warna putih. Jadi, ok la.
  • Untuk lelaki pula, lelaki perlu berkemaja/ berbaju melayu PUTIH dan berseluar slack hitam.

DENDA UNTUK YANG TIDAK IKUT PERATURAN

Ada denda!! Masa hari kursus tu, ramai yang pakai tudung oren, coklat, merah, kuning. Mungkin diorg macam ingat, takkan la kena denda. Plus, dah besar kot. Tapi macam biasa la slogan negeri melaka kan “Dont mess with Melaka”. 

So, siapa yang tak pakai tudung warna putih, kena pakai telekung putih. Bukan tu ja, siapa pakai baju ketat yang menampakkan benjol, bentuk, menggugat nafsu pemeriksa tu, akan disuruh pakai telekung. Alin memang dh prepare baju longgar , tak jarang and tudung tutup dada.

MOTIF TUDUNG PUTIH? KEMEJA PUTIH?

Pengerusi tu beritahu, kenapa semua kena pakai warna sama, sebab senang diorg nak kenal peserta khusus kahwin. Sebab sebelum ni ada yang duduk berdua-duan dalam kereta semasa rehat khusus kahwin. Ada yang diorg jumpa dekat klebang bermaksiat selepas khusus kahwin. Ini apa yang dia cakap. Tapi i still tak faham kenapa PUTIH?

WhatsApp-Image-20160601
Hari kursus. Ok juga kan.

 

PENCERAMAH GARANG KE TAK?

Masa masuk bilik seminar tu rasa takut. Sebab takut penceramah garang & suka banyak tanya. Tapi Alhamdulillah, semua penceramah baik. Sebab tak tanya banyak soalan.

Ada 7 Topik dalam 2 hari. Bermaksud ada 7 penceramah. Ada penceramah yang kelakar, ada yang bosan, ada yang sopan sesangat, ada yang lembut sampai Alin mengantuk.

Penceramah ok. Yang over cuma pengerusi majlis. Membebel ja kerja dia. Setiap kali selingan untuk topik seterusnya (tukar penceramah), dia akan membebel dulu. Pengerusi merangkap pengawas la katakan.

TOPIK YANG MENJADI PERHATIAN PESERTA LELAKI

Macam biasala. Takkan tak tahu. Topik hubungan kelamin la. Perempuan memang senyap ja. Lelaki pula, mula-mula macam tak nak tanya, tapi lepas sorang lelaki ni tanya terus yang lain berebut nak tanya. Rasanya topik ni kena buka sesi pertanyaan jawapan yang lama sikit sebab ramai lelaki interested nak tanya. Antara soalan-soalan yang I dengar ialah

  • macam mana nak tahan lama la, macam mana nak apa ntah i x faham apa dia tanya tapi mostly macam pasal “berbird” ja.  

Penceramah tu memang akan jawab tanpa segan silu. Siap dia explain terperinci bentuk dan cara. Ada satu part tu dia cakap, “KALAU BINI KAU SURUH MENARI, KAU MENARI JA LA KALAU TU DAPAT BUAT DIA BERNAFSU”.

TOPIK YANG MENDAPAT PERHATIAN PESERTA PEREMPUAN

Bahagian ni memang menginsafkan kita. Peserta lelaki pula diam ja masa sesi ni sebab kenbanyakkan sentuh berkenaan wali. Antara topik yang perlu dipanjangkan sesi soal jawab. Ini adalah topik Prosedur Permohonan Kebenaran Nikah. Masa ni la, kita dapat dengar tentang ayah yang tak bertanggungjawab, Ayah yang hilang entah ke mana & macam-mavcam lagi.

Antara soalan-soalan yang bertubi-tubi perlu dijawab oleh penceramah ialah

  • Ayah saya lari/hilang tak balik. Macam mana? Siapa akan jadi wali saya?
  • Ayah saya tak pernah bagi nafkah & tinggalkan kami sekeluarga. Saya tak pernah jumpa ayah saya. Siapa wali saya?
  • Saya tak nak ayah saya jadi wali saya sebab dia tak bertanggungjawab. Boleh ke?
  • Ayah saya masih hidup tapi selalu hilang. Sekejap balik, sekejap tak balik. Kalau dia tak datang majlis saya macam mana?

Jadi, wahai bakal-bakal wali sekalian, pentingnya anda, indahnya jadi wali, sebab awak tu penting sangat. Sampai susah perempuan nak kawin tanpa wali. Boleh, tapi leceh. Jadilah wali yang bertanggungjawab.

Rasa sedih tengok peserta perempuan yang bersusah payah bila benda2 ni terjadi. Sebab, proses dia tak senang macam biasa. Alin yang dengar proses dia pun rasa susah. Kalau yang biasa pun kita rasa leceh, macam mana la dengan diorang. Bila kita kahwin, jangan sebab cinta semata dan nafsu. Ingatlah bakal anak-anak. Adakah diri kita bersedia? adakah pasangan kita yang terbaik untuk bakal anak kita?. Sebab tu Islam cakap, kalau nak kawin, pastikan 4 perkara tu. Sila google 4 perkara. 

SELINGAN

Dalam banyak2 soalan yang alin beritahu tadi, tiba2 ada satu soalan yang lain drpd yang lain.

  • Saya nak kahwin dengan orang Nigeria, mak ayah dah tiada. Apa prosedur yang perlu?

Semua toleh pada dia. Biasa la, mestila darah kepoh tu ada dalam diri setiap individu. Alin tak toleh, sebab orangnya belakang alin ja. So alin dah tau siapa. Masa Rehat, adalah mak cik kepoh ni tanya pada peserta yang nk kawin dengan Nigeria ni dengan agak kuat “Awak tak takut ke?”. Dia jawab “ramai kawan saya kawin dengan Nigeria ” krik krik krik.

Ok. Sampai sini ja. Hari kedua tu dah dapat sijil. Makanan masa rehat pun sedap.

Please share this post If you think it can help others. Follow my Instagram  & Facebook! (Hi me and let me know that you’re reading my blog) 😘

3 thoughts on “PENGALAMAN KURSUS KAHWIN DI MELAKA

    1. hye Cma. sorry lambat reply. bari hari ni dpt buka blog lepas lama honeymoon. kursus dua hari. hari pertama habis pukul 5. hari kedua habis pukul 3 pm. orang cakap sepatutnya hari kedua habis 12 kan, tapi biasa la..

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s