LANGKAH-LANGKAH MENYERAHKAN BORANG NIKAH DI PEJABAT AGAMA JOHOR & TEMUDUGA

Hye,

Alhamdulillah, akhirnya selesai urusan permohonan nikah I. I nak share urusan nikah I di pejabat agama Johor semalam. Sebelum ni, I ada bgtau CARA/ PROSEDUR PERMOHONAN NIKAH NEGERI JOHOR 2016 (ONLINE) (click here) untuk orang johor yang berkahwin dengan orang negeri lain. Pada 5/5/16 , I dah lengkapkan borang permohanan nikah online dan printed out semua documents on the next day. Tapi, sebab terlampau sibuk, hari ni baru dapat hantar borang permohonan nikah tu ke pejabat agama Johor. Borang nikah yang dah kita muat turun, kena hantar dalam masa sebulan daripada tarikh permohonan online.

Hari ni memandangkan I start mengajar pukul 10 pagi, jadi sampai ja office, I terus google soalan-soalan temuduga kahwin Johor. Mana lah tau kalau ada soalan bocor. Banyaklah juga yang I baca. Selesai mengajar pukul 2 petang, I terus pergi Pejabat Agama untuk hantar borang-borang nikah.

LANGKAH-LANGKAH MENYERAHKAN BORANG NIKAH DI PEJABAT AGAMA

  • Sampai pejabat agama, I naik tingkat 2,
  • ambil no giliran dan tunggu untuk dipanggil. Keadaan masa tu tak berapa ramai orang. Kebanyakan datang dengan pasangan. I datang sendiri ja.
  • Selepas nombor giliran I dipanggil dan diminta serahkan semua dokumen, I diberi nama kadi dan nombor telefon kadi.
  • Seterusnya pergi ke kaunter bayaran untuk buat pembayaran urusan nikah. (rm26-harga bayaran berlainan untuk setiap kes. Kalau kahwin sama negeri, bayaran lain. Kalau lain negeri, bayaran lain. Bawa ja RM50)
  • Lepas buat bayaran, I diminta untuk tunggu giliran ditemuduga oleh kadi. 

Sebelum tu, nak cerita sikit keadaan semasa tunggu nombor giliran dipanggil untuk penyerahan borang nikah. Masa menunggu tu, I tengok beberapa kali pasangan yang sedang berurusan ulang alik dari kaunter ke tempat photostat di penjuru bilik. Setiap kali nombor pemohon dipanggil, mesti pemohon yang berurusan tu akan pergi photostat dokumen. I dah terfikir, kenapa orang-orang ni ulang alik. Bukan ke dalam senarai semak dah inform senarai dokumen yang perlu salinan 2 atau 3 helai.  Hal ni melambatkan urusan. Tiba nombor giliran I, I dengan yakin berfikir yang urusan I paling cepat. Sebabnya, I betul-betul ikut senarai semak dan buat salinan untuk setiap dokumen yang diminta. Punah segala harapan bila I pun diberitahu kena buat salinan untuk beberapa dokumen yang dinyatakan tak perlu pun dalam senarai semak. Ada yang dia minta sampai 4 salinan. Jadi, I nasihatkan, U all buat ja 4 salinan untuk setiap dokumen even ada antaranya dah dinyatakan tidak perlu salinan. Dah la nak kena beratur lagi untuk photostat. Lepastu sehelai 50 sen.

Berbalik kepada temuduga tadi. Selepas nama dipanggil untuk masuk ke pejabat temuduga, kita diminta untuk cari tempat duduk kadi yang dah diberi kepada kita. Kawasan pejabat tu bukan dalam bilik, tapi dalam kawasan pejabat yang terbuka. Pemohon lain pun ada dekat-dekat situ ja. Memang boleh dengar la kan apa imam tu cakap dan tanya. Apa jadi kalau tak dapat jawab? tak jadi apa-apa pun. Masih boleh kawin. Cuma, disebabkan pejabat yang terbuka dan ada pemohon lain, kalau anda tak dapat jawab, sila bawa kain untuk tutup muka. Sebab? kau dengar lah ceramah imam sambil orang lain pandang kau.

Masa mula2 tu, I rasa macam leceh la ada temuduga ni. Tapi bila fikir balik, kenapa pula susah kan? susah cuma untuk orang yang tak baca. Jadi seribu alasan dia bagi. Untuk orang yang dah buat persediaan, pada dia tak susah pun.

Soalan dia soalan biasa ja. Baca Al fatihah (kalau mood kadi baik, kadi tanya terjemahan sekali), baca doa qunut, rukun nikah, rukun islam, rukun iman). Selesai jawab, anda boleh balik. Dah boleh nikah 🙂 Kiranya temuduga ni macam section terakhir la sebelum dapat kebenaran nikah.

Alin pergi sorang-sorang ja. Sebab tak perlukan pasangan pun (sebab pasangan bukan negeri johor). Pergi asing-asing pun tak apa (untuk yang sama-sama orang johor). Cuma mostly dtg dengan pasangan. *SOBS. Pasangan I jauh Labuan sana. 🙂

Kalau anda rasa info ini dapat membantu bakal pengantin yang lain, boleh la share post ni. Semoga sama-sama dipermudahkan urusan. Follow my Instagram  & Facebook! (Hi me and let me know that you’re reading my blog) 😘

XOXO

CONTINUE / RELATED POST : ALL ABOUT KADI/ JURUNIKAH

 

16 thoughts on “LANGKAH-LANGKAH MENYERAHKAN BORANG NIKAH DI PEJABAT AGAMA JOHOR & TEMUDUGA

  1. Salam… awak..kalau husband orang Kdah tapi kalau nak daftar kat Johor boleh ke sebab jauh nak ulang alik utara selatan kan..means dari surat akaun bujang sume buat kat johor je.. boleh ke.huhu

    Like

    1. Waalaikumsalam. Means husbansd awak ke yg nak daftar dekat johor? Surat akuan bujang tu buat dekat mana2 pn boleh. Minta ja drpd majikan dia buatkan.

      Untuk daftar tu, i rasa boleh kalau husband u org kedah tapi nak daftar johor. Tapi, prosedur dia susah and leceh. Masa i prgi pjabat agama, i jmpa org mcm ni juga. Org melaka nak daftar johor. Pada i, better husband u daftar ja kedah. Sbb, i berbual dgn pasangan yg nk buat mcm you ni, susah sgt. leceh. Better la ambil masa buat dkat kdah. Ada lagi satu cara klu nk senang, xsilap i, kena tukar ic alamat johor. Itu yg i tau la masa berbual dgn pasangan ni. Ini cuma apa yg i tahu masa berbual dgn pasangan ni. Klu u nk tahu lebih info, u prgi ja pjabat agama johor tu. Diorg mmg layan ja.

      Like

      1. Jap. Setahu i, kedah dh buat sistem online. Means pihak lelaki just buat permohonan nikah online negeri kedah. Semua dokumen mcm hiv test(hospital kerajaan shj), akuan bujang, boleh buat dekat johor or mana2. Tapi nanti nak hantar, hantar dekat negeri dia. Satu hari dh selesai. Lepastu, boleh la dia serahkan dokumen2 tu pd awak. Then awak pula buat permohanan tu dan bawa semua dokumen yg diperlukan ke pejabat agama johor. 😊

        Like

    1. waalaikumsalam. sorry lambat reply. i xdpt noti: temuduga? maksudnya hantar borang ke? sbb kita bukan suka2 serah diri untuk ditemuduga. masa awak hantar borang ke pejabat agama tu baru ada temuduga. on the same day. permohonan nikah boleh dibuat 3 bulan – 2 minggu sebelum tarikh nikah.

      Like

  2. tumpang bertanya..KEBENARAN BERKAHWIN LUAR KAWASAN (JIKA
    PASANGAN DARI LUAR KAWASAN) nak dapat kat mana ye borangnya?tertanya2…pihak perempuan sahaja atau kedua2nya?

    Like

    1. boleh dapat online. once kita apply online, nnti ada senarai borang yg kena download. sllnya utk pihak lelaki ja sbb lelaki akan nikah di rumah/negeri perempuan tu. melainkan kalau u org johor, perempuan selangor, tapi nak nikah di kuantan. so dua2 kena dapatkan borang tu

      Like

  3. Salam nk tanya… Kalau lelaki daerah pontian… Perempuan kluang… Nk anta borang nye asing² atau bole anta kat pjbt agama yg same?

    Like

    1. waalaikumsalam.boleh. tapi ada dokumen tambahan awak kena ada. nasihat sy baik awak hntar di pjabat agama daerah masing2. lg cepat proses. hantar di pejabat agama daerah masing2. pihak lelaki hantar dulu di pjabat agama daerah dia, lepas dh diluluskan, dia kena beri dokumen kelulusan tu pd awak. awk bawa dokumen tu & dokumen awak ke pjabat agama daerah awak.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s